"Berke Khan: Cicit Genghis Khan Yang Melawan Bangsanya Demi Agama Islam."
Berke Khan, jarang kita dengar nama ini. Tak sepopular Genghis, Hulagu mahupun Kublai Khan. Tapi beliau sangat berjasa dalam mempertahankan Islam daripada dimusnahkan oleh Mongol sendiri. Kisah Berke ni kena mula jauh sejak Genghis berumur 16 tahun dan masih bernama Temujin. Isteri Temujin iaitu Börte Hatun diculik dan dijadikan isteri seorang pahlawan lain. Beberapa bulan kemudian, Temujin berjaya selamatkan isterinya. Tak lama kemudian, isteri Temujin melahirkan seorang bayi lelaki bernama Jochi. Pewaris takhta sepatutnya ialah Jochi. Tapi adik Jochi iaitu Chagatai ragu-ragu dan anggap abang dia ialah hasil anak luar nikah bukan bersama Genghis Khan ketika ibunya diculik. Akhirnya, Chagatai dipilih dan Jochi disuruh oleh Genghis untuk kahwin dengan puteri Empayar Khawarizmi bernama Sultan Khatun. Jochi dan Khatun dikurniakan 3 anak bernama Orda, Batu dan Berke. Mereka dilatih oleh Genghis namun dipulau saudara mara lain. Berke memeluk Islam ketika pulang dari ekspedisi di Eropah T